Pemimpin, rakyat perlu patuhi SOP

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BAHRU: Rakyat Kelantan terutamanya pelajar perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika melaksanakan urusan harian di luar rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, semua pihak termasuk ibu bapa, pemimpin atau pelajar mesti mengikut SOP sebagai usaha mengekang Covid-19.

- Advertisement -

Menurutnya, keselamatan diri amat penting dijaga setiap individu ketika berada dalam ancaman Covid-19 sekarang.

“Kita perlu meneruskan aktiviti harian sebagaimana biasa, namun mesti mengikut SOP yang betul,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup Membina Kecemerlangan Pelajar STAM pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) semalam.

Hadir sama Mudir MMP Ustaz Ahmad Pakhruddin Deraman. – HARAKAHDAILY 6/10/2020