Muslimat prihatin nasib aktivis yang diuji

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor telah meluangkan masa menyantuni aktivis-aktivisnya yang sedang menghadapi ujian kehidupan dengan berziarah ke kediaman mereka, baru-baru ini.

- Advertisement -

Dipimpin Timbalan Ketua Muslimat PAS Tasek Gelugor, Ustazah Noriah Yaacob, rombongan telah melawat aktivis-aktivis yang berkenaan di Kampung Guar Kepayang dan Permatang Sungai Dua, di sini.

Pimpinan Muslimat PAS Tasek Gelugor yang juga bersama adalah Naib Ketua, Solehah Yusof dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Noraini Saad serta Ahli Jawatankuasa, Farhiyah Shafie.

Menurut Noraini, Ziarah Kasih diadakan itu sebagai tanda ingatan dan merapatkan ukhuwah sesama anggota Muslimat Tasek Gelugor, selain turut disampaikan sumbangan sedikit keperluan asas dan kewangan.

“Malah, pihak Muslimat PAS Tasek Gelugor juga bersedia membantu sesiapa sahaja dalam kalangan warga penduduk tanpa mengira parti politik, bangsa dan agama,” ujarnya menyatakan komitmen.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa membuat penjagaan kendiri dengan amalan kebersihan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19. – HARAKAHDAILY 6/10/2020

- Advertisement -