Covid-19 : Salur bantuan kakitangan Penjara Alor Setar

- Advertisement -

PENDANG: Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada kakitangan dan keluarga Penjara Alor Setar yang terlibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasaran (PKPDB).

Exco Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan Kedah, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman berkata, buat masa sekarang orang luar, ahli keluarga atau waris tidak dibenarkan masuk ke kawasan penjara berkenaan.

- Advertisement -

“Orang ramai tidak dibenarkan melalui kawasan berhampiran yang ditutup oleh pihak berkuasa.

“Walau bagaimanapun apa jua peraturan berkaitan adalah di bawah bidang kuasa pihak penguasa penjara,” katanya di sini.

Kementerian Kesihatan mengesan Kluster Tembok di Penjara Alor Setar baru-baru ini membabitkan tahanan dan warden penjara berkenaan.

Manakala dalam perkembangan berkaitan Mohd Hayati berkata, berikutan kes positif Covid-19 melibatkan pelajar Sabah, kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Jitra diarah tutup bermula 5 hingga 8 Oktober ini.

Katanya, dalam tempoh berkenaan tidak dibenarkan aktiviti keluar masuk di kampus terbabit. – HARAKAHDAILY 6/10/2020

- Advertisement -