Covid-19 : Dewan Ulamak anjur solat hajat khas

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

BACHOK: Dewan Ulama PAS Kelantan akan menganjurkan solat hajat khas pada masa terdekat berikutan wabak Covid-19 yang membimbangkan sekarang.

Ketuanya, Dato’ Hassan Mahmood berkata, solat hajat bagi memohon perlindungan dari Allah Taala supaya dilindungi daripada virus berkenaan.

- Advertisement -

Bagaimanapun katanya Dewan Ulamak PAS Kelantan sentiasa mengadakan solat hajat sejak Covid-19 melanda negara tujuh bulan lalu.

“Kita sering mengadakan solat di peringkat kawasan yang diuruskan oleh Ketua Urusan Ulama sama ada diadakan di madrasah atau masjid.

“Bagaimanapun setelah Covid-19 kembali menular dalam negara pada gelombang ketiga, kita akan memperbanyakkan solat hajat,” ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sumbangan Perkeso kepada balu mangsa lemas, Nik Nur Suhadaa Zuki, 26 di sini hari ini.

Beliau yang juga Adun Tawang berkata, mana-mana individu yang diminta menjalani saringan Covid-19 wajib berbuat demikian sebagai usaha mencegah penularannya. – HARAKAHDAILY 6/10/2020

- Advertisement -