Wabak Covid-19 masih dalam kawalan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Wabak Covid-19 yang menular semula di Kelantan dianggap masih dalam kawalan Jabatan Kesihatan Negeri biarpun dicatat sebanyak sembilan kes sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Zaini Hussin berkata, orang ramai perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

- Advertisement -

“Fokus kita sekarang memastikan rakyat mematuhi arahan kerajaan, jadi kita harap orang ramai cakna, memakai pelitup muka, tidak berada tempat sesak dan jaga jarak.

“Inilah tanggungjawab masyarakat sebagai barisan hadapan bersama-sama barisan hadapan yang lain bagi menyekat penularan wabak Covid-19 ini,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara Negeri Kelantan di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Zaini juga berkata, Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan saringan Covid-19 terhadap lebih 1,000 orang termasuk individu dari zon merah dan Sabah.

Menurutnya, saringan dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi membuat pengesanan awal Covid-19 sebelum wabak itu merebak kepada individu lain. – HARAKAHDAILY 5/10/2020

- Advertisement -