TNB bina 20 rumah asnaf di Kelantan

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

TUMPAT: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan membina 20 rumah untuk golongan asnaf di negeri itu tahun ini yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Kelantan (Bahagian Retail) Muhamad Azli Ab Rahim berkata, setiap rumah yang dibina bernilai RM50,000.

- Advertisement -

Katanya, program ‘Baiti Jannati’ yang diperkenalkan TNB sebagai tanggungjawab sosial membantu golongan asnaf di Kelantan.

“Program Baiti Jannati diperkenalkan TNB sejak 2008 sebagai usaha membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) dan kerajaan negeri membina rumah kepada penduduk yang benar-benar memerlukan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan rumah kepada keluarga allahyarham Roslini Nik Man, 48 di Kampung Tujoh, Neting semalam.

Replika kunci rumah berkenaan disampaikan anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Wan Roslan Wan Hamat kepada Mohamad Sabri Mat Zain, 53.

Menurut Azli rumah berkenaan merupakan yang pertama siap tahun ini dan selebihnya masih dalam pembinaan.

“Rumah berkenaan dipohon tahun lalu dan ia siap dibina dalam tempoh empat bulan,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/10/2020

- Advertisement -