PAS Kristal bantu keluarga pesakit lumpuh

SRI GADING: PAS Cawangan Kristal telah mengadakan serahan sumbangan kepada satu keluarga atas ujian kehidupan dilalui dalam kunjungan yang diadakan di Taman Putera Indah, Tongkang Pecah, di sini kelmarin.

Advertisement

Kisah keluarga ini menjadi tular dengan mendapat perhatian orang ramai apabila Nurul Asyikin Abdullah meluahkan mengenai kehidupan mereka yang disiarkan menerusi laman Facebook Generasi Batu Pahat.

Beliau memerlukan sumbangan berikutan menanggung keluarga dan abangnya yang lumpuh, sedang suaminya tanpa mempunyai gaji tetap juga kerap terpaksa bercuti untuk menguruskan abang Nurul Asyikin.

Sehubungan itu, PAS Kristal telah mengambil inisiatif mengadakan kutipan sumbangan daripada jemaah surau dan ahli-ahli PAS yang kemudian diserahkan Ketua PAS Kristal, Abu Bakar Harun semasa lawatan ini.

Hadir sama dalam ziarah ini adalah Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Sri Gading, Fadzli Jamaludin dan Ahli Jawatankuasa PAS Kristal, Saiful Azli Mohamed, Aznizan Md Nor, Sharom Tokachil dan Mohd Haris Omar Ali. – HARAKAHDAILY 5/10/2020