SRITI Al-Istiqamah perlu dana RM80,000

- Advertisement -

TAMBUN: SRITI Al-Istiqamah Meru Raya memerlukan dana berjumlah RM80,000 sebagai persiapan sesi persekolahan tahun 2021, demikian maklum Pengerusinya, Ustaz Fariq Izwan Md Bahrin.

- Advertisement -

Jelas beliau, antara keperluan tersebut adalah untuk melunaskan bayaran sewa dua bangunan sebanyak RM4,400 sebulan serta bagi tujuan kos ubahsuai bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Jelas beliau, pada masa kini SRITI Al-Istiqamah dengan jumlah keseluruhan 58 pelajar, lima guru dan seorang pengurus hanya menyewa sebuah premis di Meru Raya, di sini.

Namun katanya, bagi tahun 2021, dengan jumlah pendaftaran pelajar baru yang tinggi, maka sebuah lagi premis diperlukan agar dapat memuatkan jumlah keseluruhan pertambahan pelajar.

Selain itu, keperluan dana tersebut juga adalah bagi tujuan membeli alatan kelas seperti meja, kerusi serta kelengkapan lain termasuklah pendingin hawa bagi memastikan pelajar berada dalam suasana kondusif.

“Kita mengalu-alukan sumbangan berbentuk wang tunai mahupun cek. Tujuan pengumpulan dana pembangunan dan pengurusan ini semuanya hanya untuk berikan khidmat terbaik kepada warga SRITI.

“Khususnya sebagai mencapai usaha melahirkan generasi soleh, pintar, rabbani dan murabbi,” jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun.

Sebagai langkah menambah pendapatan sekolah dari semasa ke semasa, SRITI Al-Istiqamah telah mejayakan pelbagai usaha antaranya membuka kelas pengajian Al-Quran di waktu malam.

Selain itu maklum beliau, inisiatif jualan produk SRITI dan juga menawarkan perkhidmatan ruangan sewa dewan untuk kegunaan bengkel dan sebagainya turut diadakan.

Sumbangan dan infak orang ramai boleh disalurkan terus ke akaun Bank Rakyat SRITI Al-Istiqamah Resources 110441005292 atau hubungi Ustaz Fariq Izwan di talian 019-4345064 untuk pertanyaan lanjut. – HARAKAHDAILY 4/10/2020

- Advertisement -