MB sedia serah tugas teraju KFA

- Advertisement -

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor kemungkinan menyerah tugas dan urusan persatuan itu kepada tokoh yang dianggap lebih layak demi kemajuan sukan terbabit.

Beliau berkata, langkah berkenaan akan dilakukan apabila kemelut kewangan serta tunggakan hutang KFA berjumlah RM10 juta berjaya diselesaikan.

- Advertisement -

“Selepas semua hutang piutang yang ditinggalkan oleh pengurusan lalu selesai, saya akan serahkan tugas ini kepada yang lebih layak,” ujarnya pada kenyataan di laman sosialnya kelmarin.

Muhammad Sanusi tidak menafikan terdapat ramai tokoh yang layak serta berwibawa untuk mengurus persatuan bola sepak berkenaan.

Biarpun begitu beliau tetap kekal sebagai penyokong tegar pasukan Hijau Kuning itu.

Menteri Besar Kedah itu juga berkata, beliau akan mempertimbangkan cadangan logo baharu untuk Darul Aman Football Club (Darul Aman FC) yang dikemuka peminat pasukan Hijau Kuning. – HARAKAHDAILY 4/10/2020

- Advertisement -