Longgokan sampah haram jejaskan alam sekitar

- Advertisement -

PADANG RENGAS: Longgokan sampah secara haram yang tidak dibuang di tempat-tempat pembuangan sampah berjadual ditetapkan telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

- Advertisement -

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Rengas, Mohamad Azalan Mohamad Radzi yang juga Ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menasihati masyarakat setempat supaya membuang sampah di tempat yang dikhaskan.

Pengerusi Persatuan Komuniti Taman Puncak Bougainvillea (PKTPB), Ahmad Kamil Hamza pula mengharapkan kerjasama penduduk amnya dan warga pasar pagi serta pasar malam khasnya supaya tidak melonggokkan sampah secara haram.

Menurut Ahmad Kamil, masalah sampah haram yang berlarutan selama sebulan di sini telah telah mejejaskan alam sekitar ekoran bau busuk dan pemandangan yang buruk.

Pegawai Bahagian Hal Ehwal Komuniti MPKK, Muhammad Zaidi Ahmad Zamani pula berkata longgokan sampah haram sering berulang akibat salah faham masyarakat bahawa semua longgokan sampah tertakluk di bawah pengurusan Majlis Perbandaran.

“Sebenarnya Majlis (Perbandaran) ni ambil sampah untuk pembayar-pembayar cukai (pintu) sahaja. Yang macam (longgokan) sampah haram ni, (ia) atas inisiatif atau budi bicara Majlis (Perbandaran) untuk ambil (kutip) ni,” jelas beliau ditemui di Program Tak Nak Sampah Haram di sini pagi semalam.

Muhammad Zaidi juga turut mengharapkan kerjasama masyarakat untuk memerangi sampah haram kerana menurut beliau lagi kompaun semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. – HARAKAHDAILY 4/10/2020

- Advertisement -