YB Razman luang masa jengah kehidupan warga

BAGAN SERAI: Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunung Semanggol mengadakan Ziarah Cakna Penduduk di mana telah menyampaikan sumbangan bantuan kepada golongan memerlukan, hari ini.

Advertisement

Antara diserahkan pada kunjungan ini adalah kerusi roda kepada seorang pesakit kencing manis dan buah pinggang oleh ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria di Kampung Tengah Semanggol, di sini.

Lawatan turut disertai Pegawai Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol, Abu Bakar Rahmat ini mendapat kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tengah Semanggol.

Di kesempatan turun padang menjengah warga ini, Razman juga telah meluangkan masa menziarahi beberapa penduduk yang diuji antaranya pesakit uzur, penghidap strok dan sakit tua di Taman Jaya Indah, Batu 10.

Terdahulu, Razman juga telah menyampaikan sumbangan mesin tekanan udara bagi kegunaan dalam operasi-operasi kecemasan dan penyelamatan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kerian.

Penyerahan peralatan tersebut telah diterima oleh pihak JPAM diwakili Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kerian, Noor Ulin Ismail pada pertemuan ringkas di premis operasi mereka, di sini kelmarin.

“JPAM merupakan agensi kerajaan (yang) semakin aktif melaksanakan transformasi dan khidmat kemasyarakatan. Juga semakin terkenal sebagai jabatan yang mempunyai peranan penting dalam pengurusan bencana dan kecemasan.

“Pencapaian ini tidak (akan) berterusan tanpa sokongan yang mantap dan ampuh khususnya dalam anggota JPAM sendiri, agensi lain dan masyarakat,” ujar Abu Bakar. – HARAKAHDAILY 2/10/2020