PAS Lahad Datu terus misi bantuan asnaf

LAHAD DATU: PAS Lahad Datu meneruskan Misi Bantuan Asnaf bagi membantu penduduk yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar (PKPDB) di daerah itu.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu Nizam Latuah berkata, bantuan yang diagih berupa barangan keperluan asas.

Advertisement

Katanya, bantuan itu diharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga berkenaan bagi menyediakan keperluan harian.

“Misi bantuan yang bermula semalam di Tamoi menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga di kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya juga misi bantuan terbabit merupakan kesinambungan misi-misi yang dilakukan PAS Lahad Datu sejak PKP dilaksanakan Mac lepas ekoran penularan pandemik Covid-19.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Lahad Datu Landari Labobo dan ahli jawatankuasa PAS Lahad Datu. – HARAKAHDAILY 2/10/2020