Kelantan cungkil bakat pemidato MBI

Gambar sekadar hiasan

KOTA BHARU: Biarpun pandemik Covid-19 masih lagi menular, namun ia tidak menghalang kerajaan Kelantan menganjurkan pidato anak muda sempena sambutan 30 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI).

Pertandingan Syarahan Perdana Anak Muda itu boleh disertai anak muda berusia 18 hingga 40 tahun dengan menghantar syarahan melalui rakaman video bertema ‘Tiga Dekad Membangun Bersama Islam’.

Advertisement

Pengarah program Razuan Awang Hamad berkata, peserta boleh menghantar video pidato berdurasi 3-5 minit sebelum atau pada 8 Oktober ini.

Katanya, pertandingan syarahan itu diadakan bertujuan memberi pendedahan mengenai isu semasa yang boleh dihubungkait dengan pencapaian kerajaan Kelantan.

“Hasrat kerajaan negeri bagi melahirkan anak muda yang sentiasa bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan bagi melahirkan pemimpin pelapis pada masa akan datang,” katanya di sini.

Program itu dianjurkan Urus Setia Penerangan & Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) dengan kerjasama Kelab Darul Naim dan Persatuan Aspirasinita Kelantan.

Penyertaan melibatkan saringan pertama melalui penghantaran video, kedua (pemilihan video terpilih) dan ketiga pentas akhir disertai peserta yang terpilih.

Razuan juga berkata, pentas akhir akan diadakan di Elite Design Hotel Bandar Baharu Tunjong dijangka dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Hadiah ditawarkan bagi tempat pertama wang tunai RM1,000 bersama trofi dan sijil, kedua RM700 dan ketiga RM500.

Video penyertaan perlu dihantar ke syarahanperdana2020@gmail.com berserta borang penyertaan. Muat turun borang penyertaan:
https://drive.google.com/drive/folders/1BxbCRWvK3cOFE0IurY45X-oMI7qAocL8?usp=sharingHARAKAHDAILY 2/10/2020