Solat Hajat untuk keamanan dan hindar COVID-19

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyarankan agar semua masjid dan surau yang mengadakan solat Jumaat esok agar mengadakan Solat Hajat.

Memandangkan Sabah baru sahaja selesai Pilihan Raya Negeri, maka kita memohon kepada Allah agar diberi keamanan dan ketenangan bagi Negeri Sabah.

Selain itu, memandangkan kes COVID-19 di Sabah agak membimbangkan maka seluruh umat Islam juga hendaklah memohon kepada Allah agar penyakit ini dihilangkan dari Sabah dan seluruh dunia.

- Advertisement -

Dewan Ulamak PAS Sabah juga menyeru kepada semua ahli PAS secara khusus untuk mengadakan Solat Hajat pada 1 Oktober 2020, hari Khamis selepas solat fardu Maghrib diadakan bagi tujuan yang sama.

Firman Allah S.W.T:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِی عَنِّی فَإِنِّی قَرِیبٌۖ أُجِیبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡیَسۡتَجِیبُوا۟ لِی وَلۡیُؤۡمِنُوا۟ بِی لَعَلَّهُمۡ یَرۡشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

[al-Baqarah: 186]

Dewan Ulamak PAS Sabah juga memperingatkan kepada seluruh masyarakat supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.

USTAZ BABBAR ABAS
Ketua
Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah
1 Oktober 2020 – HARAKAHDAILY 1/10/2020

- Advertisement -