Sektor pertanian penting hadapi pandemik Covid

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

JELI: Sektor pertanian dan bekalan makanan merupakan keperluan utama bagi kelangsungan penduduk di sesebuah negara ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, sektor pertanian memainkan peranan penting bagi membekalkan makanan.

- Advertisement -

Katanya, pada masa yang sama sektor tersebut dapat menyediakan bahan mentah kepada industri dan dapat menjana pendapatan kepada rakyat.

“Berdasar laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, isu tersebut memberikan impak yang besar kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia,” katanya ketika merasmikan Germplasm Durian dan Secret Garden, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli dekat sini semalam.

Germplasm Durian dan Secret Garden merupakan salah satu komponen dalam Projek Jeli Food Farm Valley (JFFV) yang dilaksanakan di UMK.

Kata Saripuddin kerajaan negeri menyokong hasrat UMK untuk membantu kerajaan negeri merealisasikan Pelan Strategik ‘Kelantan Melangkah Ke hadapan’ 2016-2025 melalui Program Lembah Barakah Negeri Kelantan.

Katanya, pelan tersebut selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang menggalakkan penglibatan rakyat dalam bidang keusahawanan dan memasyarakatkan teknologi pertanian.

Turut hadir Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Ts. Dr Noor Azizi Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Ts. Dr Arham Abdullah.

Manakala dalam perkembagan lain Tuan Mohd Saripudin berkata, kerajaan Kelantan akan menganjurkan seminar khas Oktober ini untuk mengenal pasti taburan penanaman kebun durian di negeri itu. – HARAKAHDAILY 1/10/2020

- Advertisement -