Pemuda PAS, IKATAN dan DHPP kukuhkan hubungan

- Advertisement -

IPOH: Pemuda PAS Negeri Perak tekad memperkukuhkan hubungan sedia terjalin bersama Pemuda IKATAN Perak bagi melicinkan lagi perjalanan kerjasama politik sebelum semboyan PRU15.

- Advertisement -

Malah, ke arah tujuan sama dibuat dengan memperkasakan keterlibatan anak muda bukan-Islam di dalam Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), demikian kata Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait.

Tiga entiti ini bertemu dalam santai perlawanan boling anjuran Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Perak melibatkan penyertaan sekitar 30 pimpinan anak muda ini, di sini kelmarin.

Faisal juga menyeru pimpinan Pemuda di semua peringkat memainkan peranan dan bekerja keras menemui rakyat kerana Perdana Menteri akan pada bila-bila masa mengumumkan PRU15 setelah pula PRN Sabah dimenangi GRS.

Ketua Pemuda IKATAN, Amirul Saharuddin menyatakan harapan pihaknya ke arah pengukuhan permuafakatan serta komitmen untuk terus bersama Gagasan Sejahtera dan Perikatan Nasional.

“Saya rasa bersyukur bersama semua sahabat. Saya harapkan pertemuan ini menjadi pemangkin untuk kita semua terus bersatu dan bekerjasama memartabatian negara. Kami sentiasa membantu perkara baik,” jelasnya.

Turut bersama adalah Ketua Pemuda DHPP Perak, Majji Satish Naidu Surianarayanan serta pimpinan dari ketiga-tiga sayap tersebut. – HARAKAHDAILY 1/10/2020

- Advertisement -