Kerjasama ADUN Penaga dan JKM bantu penduduk

- Advertisement -

KEPALA BATAS: ADUN Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah telah mengadakan lawatan mahabah ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU), di sini kelmarin.

- Advertisement -

Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan di samping membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan kedua pihak terutama dalam memudahkan bantuan disampaikan kepada rakyat.

Lawatan yang turut disertai oleh Pegawai-pegawai ADUN Penaga ini telah disambut oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah SPU, Noor Syafazlin Aida Bidres dan kakitangan JKM SPU.

Dalam pertemuan ini juga, pihak JKM telah membentangkan skop tugasan mereka di samping diadakan perbincangan untuk melaksanakan aktiviti bersama membantu penduduk di Penaga.

Malah, kedua pihak bersetuju mengadakan perbincangan lanjutan dan aktiviti bersama dilakukan lagi selepas ini ke arah usaha memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.

”Menurut Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kemiskinan itu akan sentiasa ada supaya golongan yang kaya boleh sentiasa membantu mereka,” antara nasihat Ustaz Yusni dalam pertemuan tadi.

Penduduk Penaga yang ingin mendapatkan borang-borang berkaitan bantuan dan perkhidmatan JKM boleh hadir ke Pusat Khidmat ADUN Penaga untuk mendapatkannya. – HARAKAHDAILY 1/10/2020

- Advertisement -