DUN Batu Buruk rai MPKK

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis makan malam bagi DUN Batu Buruk telah diadakan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

- Advertisement -

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, majlis makan malam tersebut bertujuan meraikan anggota-anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) selaku barisan hadapan masyarakat kampung.

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dikurniakan mereka yang ikhlas bekerja dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terjaga.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh MPKK dalam DUN Batu Buruk yang telah bertungkus lumus bekerja untuk rakyat setempat. Semoga segala pekerjaan tersebut diterima oleh Allah sebagai amal jariah,” katanya.

Ustaz Muhammad Khalil berkata demikian dalam satu status dimuat naik di laman Facebook miliknya sebentar tadi. – HARAKAHDAILY 1/10/2020

- Advertisement -