Ahli kariah bersama kemaskini pengurusan jenazah

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Sungai Karang Darat bersama ahli-ahli kariahnya telah menggerakkan inisiatif untuk menjadikan pengurusan jenazah oleh pihak mereka agar lebih mudah, lancar dan teratur.

- Advertisement -

Memandangkan keperluan semasa untuk memiliki sebuah van jenazah, mereka telah mengunpulkan dana sebanyak RM131,000 yang akan memenuhi penggunaan untuk urusan tersebut bagi penduduk setempat.

Menurut Pengerusi Masjid Jamek Sungai Karang Darat, Mohamad Sidek, van tersebut telah diubah suai dengan kelengkapan troli dan sebagainya untuk keperluan pengurusan jenazah oleh pihak syarikat Toyota.

Majlis perasmian dan gimik penyerahan kunci van jenazah ini telah disempurnakan ADUN Beserah, Andansura Rabu yang dalam ucapannya menekankan mengenai kepentingan mengimarahkan masjid dan sumbangan untuk aktivitinya.

“Kita harap ahli-ahli kariah sentiasa prihatin kepada penggunaan aset atau apa sahaja termasuk van jenazah ini. Ia memerlukan penyelenggaraan, kerana jika tiada, ia akan mudah rosak, hilang atau tidak boleh digunakan bila perlu,” ujarnya.

Sehubungan itu juga katanya, sumbangan berterusan perlu bagi membantu tabung penyelenggaraan van jenazah tersebut, termasuk juga keperluan penyelenggaraan lain yang diperlukan oleh masjid.

Sementara itu, menurut Ustaz Mohd Ruzahan Yusof yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Ajang menyatakan bahawa van tersebut sememangnya menjadi keperluan pihak masjid setelah mempunyai tanah kubur dan struktur khairat kematian. – HARAKAHDAILY 1/10/2020


- Advertisement -