Perak komited tambah baik TVET

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Pelajar lepasan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang berminat dengan aliran kemahiran berbanding akademik diharap memilih Kolej Vokasional, demikian cadang Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri, Razman Zakaria.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian merujuk kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ketika merasmikan taklimat “Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kolej Vokasional?” di Dewan Kolej Vokasional Kerian, di sini kelmarin.

Menurutnya, pelajar yang mungkin tidak mempunyai pencapaian akademik baik di sekolah harian biasa sangat dialukan memasuki Kolej Vokasional kerana sistem pendidikan berasaskan kepada kemahiran di samping mempunyai peluang pekerjaan banyak di masa hadapan.

Bagi menyokong usaha itu jelasnya, Kerajaan Negeri Perak telah melancarkan program Tahfiz TVET sebelum ini yang melibatkan golongan Hufaz agar turut terlibat dalam bidang kemahiran supaya mempunyai sijil akademik dan sijil kemahiran.

Razman turut menjelaskan keperluan pekerjaan di masa hadapan yang bergerak ke arah Revolusi Industri 4.0 di mana memerlukan kecekapan tenaga manusia mengendalikan mesin-mesin berteknologi tinggi.

“Rekod sedia ada (telah) menunjukkan bahawa lepasan Kolej Vokasional tidak akan menganggur dan sentiasa mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas terutamanya dalam industri perkilangan. Antara alumni yang berjaya ialah Nur Izzati Atirah Mohamad Yusoff.

“Beliau lepasan diploma Teknologi Kimpalan daripada Kolej Vokasional Taiping (dan) kini menjadi wanita pertama jurukimpal profesional bawah dengan pendapatan bulanan yang sangat tinggi,” jelas Razman.

Dalam pada itu, Razman turut menyatakan Kerajaan Negeri Perak akan terus komited membantu meningkatkan taraf pendidikan yang berasaskan TVET terutamanya di Kolej Vokasional.

Kerana jelasnya, terbukti melahirkan pelajar dengan kamahiran kalis masa yang akhirnya menyumbang semula kepada pembangunan negara. – HARAKAHDAILY 30/9/2020

- Advertisement -