Kelantan guna khidmat Viatcheslav latih atlet olahraga

Foto MUHAMMAD HANIF WAN AHMAD
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan menggunakan khidmat jurulatih antarabangsa bagi melatih atlet tempatan dalam sukan olahraga bermula 1 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, pengalaman warganegara Georgia, Viatcheslav Vassiliev, 56 diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut.

- Advertisement -

Katanya, khidmat jurulatih terbabit akan bermula esok sebagai jurulatih olahraga di Kompleks Sukan Wakaf Mek Zainab sebagai persiapan bersaing pada Sukan Malaysia nanti.

“Kita pilih jurulatih terbabit kerana pengalaman luas serta kepakarannya dalam bidang olahraga,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian pelantikan jurulatih terbabit di pejabat Exco di Mabna MBI hari ini.

Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Kelantan, Muhammad Imran Mansoor.

Wan Roslan berkata, pelantikan Viatcheslav Vassiliev bagi tempoh selama dua tahun secara kontrak, di mana enam bulan tempoh percubaan bagi menilai prestasinya. – HARAKAHDAILY 30/9/2020

- Advertisement -