Bertawadhuklah, jauhi hasad dan iri hati

AWASLAH… penyakit orang berilmu ialah hasad dan iri hati sesama mereka dan gemar memandang rendah kepada orang yang bukan di kalangan mereka. Para ulamak berpesan kepada golongan ulamak:

“Larilah kamu dari kedua-dua sifat itu lebih dari kamu melarikan diri dari anjing yang ganas. Ya… anjing yang ganas sekadar menggigit dan merobek jasadmu. Namun kedua-dua sifat itu akan merobek amalmu tanpa sisa.”

Teman-teman para asaatizah… bertawadhuklah sesama ulamak dan orang-orang awam. Ketika bersama ulamak kurangkan bercakap dan banyakkan mendengar. Ketika bersama orang awam banyakkan memberi nasihat dengan rendah diri. Jangan ghairah untuk memperkenalkan diri supaya dilihat hebat, kita semua dhaif dan lemah di sisi Allah.

Advertisement

Hebatnya ulamak pada akhlaknya. Kalau akhlaknya buruk maka hilanglah hebat ilmunya. Sebab itu kata ulamak: 

“Kamu boleh mencari ilmu dari ramai ulamak. tapi sukar untuk kamu mencari ilmunya akhlak.” 

Percayalah… tanpa akhlak seorang ulamak itu dipandang tiada harga. Ia akan hilang teman di kalangan ulamak dan akan jauh dari orang awam. Ia bagaikan permata di sebuah pulau yang terpencil di tengah lautan yang ganas bergelora. Tiada siapa yang menghiraukannya bahkan malaikat pun tidak mendekatinya.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat –HARAKAHDAILY 30/9/2020