Bantu Wak Din bina semula ‘Rumah al-Quran’

- Advertisement -

MUAR: Air mata berderai bila mendengar luahan Kamarudin Sidik atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Wak Din, apatah lagi beliau tidak mampu berkata-kata ketika ditanya mengenai keadaan rumahnya yang hangus dijilat api.

Wak Din hilang tempat berteduh dan tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian kebakaran rumahnya yang terletak di Jalan Maidin, Panchor, di sini minggu lepas.

- Advertisement -

Sambil mengesat air mata ketika kru Muslim Care Malaysia Society menziarahi beliau semalam, Wak Din berkata beliau terlalu sedih kerana rumah itu juga adalah tempat mengaji al-Quran.

Hadir sama semasa ziarah itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, Najib Lep yang turut prihatin dengan nasib yang melanda Wak Din itu.

“Wak tak sedih sangat rumah hilang tetapi Wak sedih anak-anak di sini hilang tempat mengaji,” luahnya.

Wak Din menjadi guru al-Quran kepada hampir 80 orang anak tempatan di kawasan sekitar secara percuma.

Setiap tahun hampir 30 orang muridnya telah khatam al-Quran.

‘Rumah al-Quran’ gelaran kepada rumah Wak Din musnah sama sekali dijilat api. Tiada apa yang dapat diselamatkan.

Sehubungan itu kata Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Society, Mohd Johari Ismail, pihaknya akan membangunkan kembali tempat kediaman Wak Din berserta ruangan mengaji al-Quran untuk anak-anak di sekitar kediaman tersebut.

Anggaran kos pembinaan tersebut disasarkan sebanyak RM50,000 termasuk penyediaan naskah al-Quran dan rehal.

“Ayuh kita melabur dalam saham akhirat. Moga dengan setiap huruf yang dibaca anak-anak di atas ruangan yang dibina hasil sumbangan kita akan diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran Insya Allah,” kata Mohd Johari kepada Harakahdaily hari ini .

Sumbangan boleh disalurkan ke AKAUN MUSLIM CARE MALAYSIA: Maybank: 564490413882 – Bank Islam : 14014010147470 – Bank Muamalat: 14010007654717.

Setiap sumbangan yang disalurkan, resitnya boleh whatsapp kepada:
Dr Kamaruddin : 0126025537 En Johari : 0169978323,Safwan :0134886447, Cik Zuriati :0192049434, Cik Suryana : 01121941194. – HARAKAHDAILY 30/9/2020

- Advertisement -