Awas batu api dan musuh menyelinap

- Advertisement -

SAHABAT saya yang tersayang semua. Paling atas dalam strategi mereka untuk berkuasa adalah penyatuan ummah ini perlu digagalkan by hook or by crook. Ini batu penghalang terbesar mereka. 

Perpecahan boleh terjadi kerana kesilapan kita sendiri. Yang silap sama-sama betulkan, jangan diulangi atau dibuat lebih teruk lagi.

Seorang dua yang terlanjur bercakap melukakan hati kawan. Berderu-deru ejen pemecah belah dari pihak musuh menyelinap, menyamar, menggunakan nama, page, media yang seolah-olah dari kalangan kita untuk menyalakan lagi api perbalahan.

- Advertisement -

PAS pernah ditinggalkan oleh sekelompok pengkhianat yang masih mempunyai page yang terus mengekalkan nama PAS. Contoh Peguam PAS-Dulu. Begitu juga yang keluar dari BERSATU, yang keluar dari Umno. 

Itu belum lagi RBA yang jelas memainkan peranannya. Mereka akan terus jadi batu api untuk saling melaga-lagakan. Suburkan isyarat perpaduan. Itu akan melemahkan mereka. Perbanyakkan Istighfar.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 30/9/2020

- Advertisement -