Perak bantu lahirkan mahasiswa berkualiti

- Advertisement -

IPOH: Persiapan diri yang lengkap sebelum memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) amat penting bagi semua bakal mahasiswa, demikian kata Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Perintis Mahasiswa Intelek Perak (PERMAI) 2020, Ustaz Amar Jamaludin.

- Advertisement -

Kerana menurutnya, cabaran dan godaan dunia masa kini acap kali menjadi penghalang kejayaan para pelajar ketika menuju ke menara gading sekali gus menjadi cabaran besar untuk bersaing dengan pelajar lain.

“Program ini dijayakan supaya dapat memberi pendedahan awal pada para pelajar mengenai kehidupan di universiti. Ia juga bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar bagaimana untuk memohon bantuan dari agensi kerajaan.

“Semakin berkualiti pelajar yang dapat dibentuk, maka semakin berkualiti generasi masa hadapan yang akan berjaya dilahirkan. Semoga program ini dapat meningkatkan motivasi dan potensi diri para peserta bagi memacu kejayaan di menara gading,” jelas beliau.

PERMAI Zon Taiping akan berlangsung pada hari Sabtu, 3 Oktober ini bertempat di Dewan Perbandaran Taiping, di mana penyertaan secara percuma boleh dilakukan dengan menghubungi Amira Husna di talian 012-4478644 atau Ardinisa, 010-5401676.

Terdahulu, PERMAI 2020 bagi Zon Ipoh telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bandaraya Ipoh pada 26 September dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri, Razman Zakaria. – HARAKAHDAILY 29/9/2020

- Advertisement -