PAS Bagan ziarah alumni PASTI terlibat kemalangan

BAGAN: PAS Kawasan Bagan telah mengadakan kunjungan ziarah kepada alumni PASTI, Muhammad Dini Faris Rosidi yang sedang berehat di kediaman keluarganya di Lorong Kubur, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan beberapa minggu lalu setelah bertembung dengan sebuah kereta yang keluar secara tiba-tiba dari satu simpang hingga mengalami patah kaki dan kecederaan lain.

Difahamkan daripada ibunya, Siti Hajar Mohd Salihu, kejadian yang menyebabkan anaknya terpaksa berehat panjang itu berlaku selepas Faris pulang dari menghantar adiknya di Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior.

Kunjungan dilakukan oleh Setiausaha PAS Bagan, Ustaz Mohd Asri Harun dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Bagan, Noor Azila Mat Sarif yang hadir melihat sendiri keadaan sedang dialami Faris.

Menurut Noor Azila, selain mengambil maklum perkembangan Faris, ziarah itu juga bertujuan membantu dan meringankan beban keluarga tersebut serta memberi dorongan semangat untuk tabah menghadapi dugaan itu. – HARAKAHDAILY 29/9/2020