Hubungan PAS Dungun dan kaum Tiounghua erat

DUNGUN: Hubungan di antara PAS Kawasan Dungun dan kaum Tionghua di sini berlangsung dengan baik dan positif, demikian menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Dungun, Serena Lim.

Advertisement

Menurut beliau, setiap kali ada peristiwa besar mahupun perayaan, pastinya kaum berkenaan akan didatangi oleh pemimpin PAS Dungun mengunjungi mereka dan beramah mesra.

“Menyebabkan mereka yang dahulunya takut-takut dengan PAS sekarang sudah tidak takut lagi, malah mempunyai hubungan yang baik melalui ‘personal touch’.

“Kerana kita selalu bagi mereka angpau, bagi limau, serta sering adakan perjumpaan dengan mereka melalui program,” ujarnya selepas mengagihkan Kuih Bulan, di sini kelmarin.

Katanya, pemberian kuih tradisional kaum tersebut adalah sempena tibanya Festival Kuih Bulan di mana ianya draikan pada musim luruh yang berlaku pada pertengahan tahun.

“Kalaa ikut kalendar kaum Tionghua, (jatuh pada) bulan lapan, kalau ikut kalendar kita pada tahun ini bulan lapan mereka jatuh pada bulan September,” ujarnya.

Tambah Serena, dengan hubungan baik yang terjalin juga diyakini kaum Tionghua tidak mempunyai masalah memberikan sokongan kepada PAS. – HARAKAHDAILY 29/9/2020