Dr Muhd Noor dilantik Presiden MARS

- Advertisement -

BANGI: Bekas Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan, Agensi Nuklear Malaysia, Dr Muhd Noor Muhd Yunus dipilih sebagai Presiden Persatuan Saintis Penyelidik (MARS) bagi sesi 2020 hingga 2022.

Pemilihan Muhd Noor bagi menggantikan Dr Wan Manshol Wan Zin dibuat dalam mesyuarat agung tahunan MARS pada Jumaat lepas, kata MARS dalam satu kenyataan semalam.

MARS merupakan persatuan yang dianggotai pegawai penyelidik dan saintis dari pelbagai institusi penyelidikan di Malaysia seperti Agensi Nuklear Malaysia, SIRIM Bhd, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM).

- Advertisement -

MARS sinonim dengan penganjuran Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) yang diadakan setiap tahun, serta membawa inovasi Malaysia untuk bertanding di luar negara antaranya Korea Selatan, Geneva dan China. – BERNAMA

- Advertisement -