Briged Muslimat kuasai kemahiran baharu

- Advertisement -

TELUK INTAN: Briged Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah mengambil inisiatif menganjurkan bengkel penggunaan radio dua hala (Walkie Talkie) di bangunan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI), di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program disampaikan oleh jurulatih Briged Muslimat Malaysia merangkap Timbalan Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Zulkifli Muhyidin melibatkan 33 wakil Briged dari enam kawasan Zon Selatan Perak.

Antara tujuan utama bengkel ini adalah menguasai kemahiran tatacara penggunaan Walkie Talkie bagi kegunaan dalam program-program besar Dewan Muslimat sepanjang tahun di kawasan masing-masing.

Dengan ini, program yang berlangsung pastinya nanti akan lancar dan memberi impak kepada perjalanan program sama ada melibatkan badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Selain itu, para peserta bukan sahaja didedahkan kepada teori penggunaan, bahkan diberi peluang untuk melaksanakan simulasi penggunaan alat tersebut dengan cara yang betul dan yakin.

Ketua Briged Muslimat Teluk Intan, Irma Hafizah Mansor menyatakan, program ini wajar diperluaskan zon lain kerana ia satu kemahiran baru berkaitan penggunaan walkie talkie yang kurang dikuasai oleh ahlinya.

Katanya kemahiran ini amat berguna selain kemahiran Pertolongan Cemas Asas yang pernah dilaksanakan sebelum ini. – HARAKAHDAILY 29/9/2020

- Advertisement -