Tahniah GRS atas kemenangan PRN Sabah

BADAN Perhubungan PAS Negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas kejayaan memenangi Pilihan Raya Negeri semalam. GRS yang terdiri dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS telah membuktikan bahawa permuafakatan yang digagaskan atas kepentingan rakyat dapat diterima baik oleh majoriti rakyat.

Sekalipun tidak bertanding dalam PRN Sabah kali ini, namun PAS tetap turut serta membantu jentera pilihan raya parti-parti dari GRS. Kejayaan manis ini adalah kejayaan kita bersama.

Tahniah juga kepada BN Kedah yang telah menghantar jentera yang kuat dalam membantu GRS. Sesungguhnya, kemenangan GRS menumbangkan Kerajaan Warisan Plus ini adalah simbol kematangan rakyat Sabah dalam membuat keputusan terbaik untuk masa hadapan mereka sendiri.

Advertisement

Semoga kebangkitan rakyat Sabah dalam menolak politik jumud yang diterjemahkan di peti undi ini, menular pula ke Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

HAJI AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah  – HARAKAHDAILY 28/9/2020