PAS terima sesiapa sahaja KM baharu Sabah

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS berharap perlantikan Ketua Menteri (KM) Sabah yang baharu dapat diselesaikan segera selepas mendapat mandat rakyat semalam.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kelewatan pengumuman jawatan berkenaan dibimbangi boleh berlaku perkara yang tidak diingini.

- Advertisement -

“Kita difahamkan sehingga pagi tadi belum ada keputusan siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Kita berharap ia dapat diselesaikan dengan cepat, kalau lambat bimbang sebarang kemungkinan perkara negatif boleh berlaku,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Penyampaian Ganjaran Penghulu Bersara 2019 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim hari ini.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam menyaksikan pertarungan sengit antara calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Barisan Nasional (BN), Warisan Plus dan Bebas.

Pada keputusan yang diumum lewat malam tadi GRS yang mewakili Perikatan Nasional dan BN serta PBS memperolehi 38 kerusi.

Manakala Warisan yang dianggotai DAP, PAN, PKR dan UPKO memperolehi 32. Bebas pula mendapat 3 kerusi.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan hari ini GRS dikatakan memiliki 41 kerusi Dun selepas tiga wakil rakyat Bebas menyertai pakatan tersebut.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS menerima siapa sahaja yang dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah demi kestabilan kerajaan yang baharu dibentuk. – HARAKAHDAILY 27/9/2020

- Advertisement -