KASA laksana projek pemuliharaan sungai

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta melalui Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi melaksanakan 802 projek pemuliharaan sungai.

Menterinya Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek berkenaan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di seluruh negara.

- Advertisement -

Katanya peruntukan itu tambahan kepada peruntukan sedia ada yang diluluskan UPE di bawah rolling plan keempat tahun ini iaitu sebanyak RM80.3 juta bagi pelaksanaan 615 projek.

“Kesemua projek tersebut bertujuan mengurangkan masalah banjir yang sering dialami rakyat.

“Dianggar seramai 500,000 penduduk di kawasan yang dikenal pasti akan menerima manfaat apabila projek tersebut siap menjelang akhir tahun ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Cabutan Undi Bagi Kerja-kerja di Bawah Peruntukan KASA bagi Jajahan Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKB BRI hari ini.

Turut hadir anggota Exco kerajaan Kelantan Dato’ Sr Azami Mohd Nor. – HARAKAHDAILY 27/9/2020

- Advertisement -