As-Sibahah lahir atlet renang patuh syariah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 20 pelajar sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) dipilih menyertai Akademi As-Sibahah sebagai usaha mencungkil bakat sukan renang patuh syariah.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, pelatih terbabit merupakan pengambilan pertama yang diselia Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes).

- Advertisement -

Katanya program latihan berlangsung selama enam bulan bermula 1 Ogos lepas hingga 31 Januari 2021.

“Setiap peserta menjalani latihan satu jam sehari atau dua hari seminggu,” katanya pada majlis pelancaran Akademi As-Sibahah U-Bes di Kelantan Golf and Country Club (KGCC) di sini, semalam.

Pelancaran disempurnakan Timbalan Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdul Fattah Mahmood. Turut hadir Pengarah U-Bes Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin.

Latihan yang membabitkan sepuluh lelaki dan sepuluh perempuan itu diajar mengenai teknik serta kemahiran renangan di dua lokasi berbeza sekitar Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 27/9/2020

- Advertisement -