Tetap perkukuh MN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan bahawa pihaknya tetap bersama memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Dalam masa yang sama, ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata DPPM juga terus mendukung kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

- Advertisement -

Khairil dalam kenyataannya semalam turut mengingatkan seluruh jentera pilihan raya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya memberi fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurutnya, Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menggunakan ruang dalaman melalui Mesyuarat Bulanan Pemuda MN bagi membincangkan persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) serta isu-isu berbangkit terutamanya meraikan penyertaan ARMADA dalam Pemuda Muafakat Nasional.

Lantaran itu, beliau menyeru kepada pendukung MN dan Perikatan Nasional di seluruh negara agar mendoakan kemenangan PRN Sabah berpihak kepada parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kemenangan ini pasti akan menjadi pemangkin kepada kemenangan yang besar di dalam PRU-15 yang akan datang,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 26/9/2020

- Advertisement -