Jawi: Keputusan Mahkamah kemenangan umat Islam

- Advertisement -

MARAN: Keputusan Mahkamah menolak tuntutan supaya dibatalkan arahan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda premis perniagaan di Kuantan menggembirakan rakyat khususnya umat Islam.

- Advertisement -

Mewakili PAS Negeri Pahang, Pesuruhjayanya Ustaz Rosli Abdul Jabbar mengucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas kemenangan ini.

Menurut Ustaz Rosli, peniaga-peniaga seharusnya akur dengan arahan ini kerana ia merupakan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Semalam, Mahkamah menolak semakan kehakiman di bawah Aturan 53, Kaedah-kaedah Mahkmah 2012 untuk membatalkan arahan dikeluarkan Kerajaan Negeri Pahang berkaitan syarat penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda premis perniagaan di daerah Kuantan.

Keputusan mahkmah itu dibuat berikutan tuntutan mahkamah oleh tiga peniaga ingkar arahan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam isu berkenaan.

Menurut Ustaz Rosli, PAS Pahang sentiasa menyokong penguatkuasaan tulisan Jawi pada papan tanda premis seluruh negeri ini.

Katanya, kajian oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendapati di penghujung abad ini akan ada 6,000 bahasa dan tulisan dijangka pupus.

“Syukur dengan kebenaran mahkamah kepada MPK boleh meletakkan syarat berkaitan tulisan Jawi. Mudah-mudahan tulisan ini akan terselamat dari kepupusan.

“Moga generasi akan datang dapat mengenali dan terus memartabatkan tulisan Jawi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Chenor. – HARAKAHDAILY 26/9/2020

- Advertisement -