Projek tanam ubi kayu Lajnah Ekonomi PASKIM

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: ADUN Beserah, Andansura Rabu bersama isteri Nor Izni Wahab telah mengadakan lawatan ke tapak projek perintis penanaman ubi kayu di Sungai Ular, di sini semalam.

- Advertisement -

Kehadiran beliau disertai Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Kawasan Indera Mahkota (PASKIM), Ali Akbar ini bertujuan melihat perkembangan projek tersebut.

Tanaman seluas satu ekar diusahakan Ahli Jawatankuasa Lajnah Ekonomi PAS Indera Mahkota ini bertujuan mendapatkan dana tabung kebajikan serta sebagai persiapan PRU akan datang.

Keseluruhan kasar projek yang hanya menelan belanja RM2,000 ini merupakan fasa kedua selepas kejayaan penanaman tembikai yang sangat memberikan keuntungan.

Projek tersebut juga menjadi satu usaha memanfaatkan tanah terbiar, sekali gus menyumbang kepada perolehan ekonomi dan memenuhi permintaan yang agak tinggi terhadap ubi kayu.

Andansura dalam harapannya berharap usaha seumpama diteroka oleh anak muda kerana pertanian berasaskan makanan adalah sumber keperluan di mana tidak rugi menceburi bidang ini.

Ketua PAS Cawangan Sungai Ular, Jamnan Wahid memuji keterlibatan sukarela ahli PAS bergotong-royong menjayakan projek tersebut tanpa menerima upah atau bayaran. – HARAKAHDAILY 25/9/2020

- Advertisement -