Jentera PAS Raub sedia tempur kerusi DAP

- Advertisement -

RAUB: Jentera Pilihan Raya PAS Parlimen Raub telah dilancarkan dalam semangat membara anggotanya untuk menjayakan misi mengambil alih kerusi yang kini sedang disandang oleh wakil DAP itu.

- Advertisement -

Rangsangan ini juga lantaran anggota jentera merasa terhina dengan tindakan ADUN DAP Tras yang telah bertindak secara keterlaluan dan melampau apabila mencabar pelaksanaan tulisan Jawi untuk papan iklan di negeri ini ke mahkamah.

Suntikan untuk merealisasikan hasrat itu telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar pada himpunan di Medan Tarbiyah PAS Kawasan Raub (MANTIK), di sini semalam.

Beliau dalam ucapannya mengingatkan bahawa PRU15 akan berlaku bila-bila masa, sekali gus menuntut anggota jentera untuk sentiasa berada dalam bersiapsiaga.

Ustaz Rosli juga memahamkan semua yang hadir mengenai hubungan PAS dalam Muafakat Nasional di mana seluruh keputusan mesti diserahkan penghujungnya kepada kebijaksanaan pimpinan berautoriti.

Pelancaran bagi medan tempur P.080 ini dijayakan seusai Ijtimak Tarbawi PAS Kawasan Raub yang turut diserikan dengan persembahan silat dan penyertaan Alternative Riding Club (ARC) dan Jabatan Amal Malaysia (AMAL).

Sempena majlis ini juga diadakan solat hajat untuk keafiatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – HARAKAHDAILY 25/9/2020

- Advertisement -