Parti-parti Kerajaan PN teguh sokong Muhyiddin

- Advertisement -

SEMUA parti yang bekerjasama dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) iaitu Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam se-Malaysia (PAS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) hari ini kekal berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, gabungan parti yang membentuk Kerajaan PN ini menyangkal dakwaan Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Kenyataan beliau itu tidak lebih hanya merupakan satu lagi ulangan publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini.

- Advertisement -

Tindakan terbaharu beliau ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa beliau yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Kita yakin rakyat akan bangkit menolak politik sebegini malah akan bersama-sama menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat.

TAN SRI ANNUAR MUSA
Setiausaha Agung BN

DATUK SERI HAMZAH ZAINUDDIN
Setiausaha Agung BERSATU

DATO TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS

DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
Setiausaha Agung GPS

DATUK JAHID JAHIM
Setiausaha Agung PBS

GUAN DEE BIN KOHOI
Setiausaha Agung STAR – HARAKAHDAILY 24/9/2020

- Advertisement -