Negara perlu diselamatkan, bukan sebaliknya

- Advertisement -

PM sedang live di RTM. Dengan tekun menyatakan kemajuan negara dalam menghadapi bahana COVID-19.

- Advertisement -

Beberapa inisiatif dan langkah yang diambil kerajaan mula menunjukkan hasil. Petunjuk ekonomi sedang memperlihatkan perkembangan yang menggalakkan hasil kerjasama dan sokongan rakyat.

Pertumbuhan ekonomi 2021 diunjurkan antara 5.5 ke 8 peratus.

PM mengumumkan inisiatif dan bantuan tambahan iaitu pakej KITA PRIHATIN buat rakyat jelata. Pasti ia dialu-alukan rakyat.

Tidak seperti sesetengah negara lain Malaysia dijangka stabil dalam tempoh yang mencabar ini. Syaratnya kita perlukan kerajaan yang stabil. Tegas PM tindakan membuta tuli sesetengah ahli politik cukup dikesali.

Sebelum PM muncul itu ada seorang pemimpin parti pembangkang juga terbit live mendakwa Tan Sri Muhyiddin tidak lagi PM Malaysia. Beliau kononnya sudah punya cukup bilangan dengan dukungan Ahli-ahli Parlimen Melayu Islam untuk naik sebagai PM dan membentuk kerajaan baru.

Kegilaan apakah ini?

Sejurus pengumuman tidak bertanggungjawab itu indeks FBM KLCI jatuh 2 peratus ke 8.32 mata.

Sedang PM dan Kabinet berhempas pulas berkerja mengharungi kesan COVID-19 atas ekonomi dan kehidupan rakyat, si pemimpin ini ghairah mahu merampas kuasa dan menobatkan dirinya PM.

Semoga kita diselamatkan dari mereka yang rakus dan mementingkan periuk nasi sendiri ini.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 24/9/2020

- Advertisement -