Isu air Kelantan bukan dapat selesai sekelip mata

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meminta rakyat negeri itu terus bersabar serta lebih memahami bahawa isu bekalan air yang disalurkan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat.

- Advertisement -

 Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masalah paling besar yang dihadapi oleh syarikat itu ialah menukar paip air lama yang turut memerlukan peruntukan besar yang hanya dapat diselesaikan sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.

“Menukar paip ini memerlukan masa yang lama dan peruntukan yang besar dan ini yang kita usahakan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Beliau mengulas rungutan sebahagian besar rakyat di Kelantan yang masih dibelenggu masalah bekalan air bersih.

Mengulas lanjut, Mohd Amar turut berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang telah memperuntukkan RM7 bilion bagi mengatasi masalah tersebut. – BERNAMA

- Advertisement -