DHPP Negeri Sembilan giat tambah keahlian

PAS Negeri Sembilan berbesar hati menerima sebanyak 1,387 keahlian baharu Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Sembilan.

Advertisement

DHPP Pusat melalui Pengerusinya sendiri, YB Senator N.Balasubramaniam terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua DHPP Negeri Sembilan, Dato’ Annathurai dengan jumlah keahlian baru yang terdiri dari bekas pelbagai ahli parti seperti PKR, DAP, GERAKAN dan lain-lain.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Rafiei Mustapha dan Ketua Dewan Ulama Ustaz Nazri Yusof serta Setiausaha Cikgu Rahman Shah dan saya sendiri selaku Ketua Penerangan serta wakil-wakil Ketua Dewan Muslimat, Pemuda juga turut hadir bagi membincangkan program Pelancaran DHPP Negeri Sembilan yang dijangkan dihadiri sendiri oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada bulan Oktober nanti.

PAS Negeri Sembilan juga secara rasminya telah melantik lapan Ketua DHPP Kawasan bagi mewakili semua kawasan di Negeri Sembilan:

Seremban – Dato Annathurai Kanniapan
Rasah  – Kunasekaran Suparamayam
Rembau – Dr. Parathithason Chinnapyan
Kuala Pilah – Perumal Govindan Govindasamy
Port Dickson – Ragu Subramaniam
Tampin – Rajakumar Tangavaloo
Jelebu – Dato Seri Dr. Kumar S. Paramasivam
Jempol – Dato’ Paduka Sathes Kumar Nilameham

Kita yakin, PAS Negeri Sembilan akan mampu membawa tambahan sekurang-kurangnya 5,000 orang ahli sehingga hujung tahun ini terutama dari Port Dickson, Seremban dan Rasah yang mempunyai ramai pengundi bukan Islam.

PAS Negeri Sembilan rakamkan jutaan terima kasih kepada YB Senator N.Balasubramaniam Pengerusi DHPP Pusat kerana sanggup ke Negeri Sembilan semata-mata meraikan dan memberi sokongan penuh diatas tsunami DHPP Negeri Sembilan.

BADZLI BAKAR
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 24/9/2020