Subsidi upah 2.0 inisiatif kerajaan bantu majikan-pekerja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Program Subsidi Upah 2.0 (PSU2.0) adalah salah satu daripada inisiatif kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan perkara itu dalam satu pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin.

- Advertisement -

Beliau berkata subsidi upah akan diberikan kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lepas.

“Subsidi upah diberi sehingga tiga bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 orang pekerja.

“Permohonan akan dibuka bermula 1 Oktober sehingga penghujung tahun ini dan dijangka memanfaatkan 1.3 juta pekerja,” ujarnya dalam perutusan khas Kita PRIHATIN hari ini.

Tambahnya, setelah maklum balas berhubung pakej ini, pihaknya akan memastikan bahawa golongan yang tidak menepati syarat kelayakan berdaftar dengan PERKESO juga akan menerima manfaat daripada pakej tersebut.

“Bagi memastikan golongan ini juga tidak tertinggal, pakej ini akan dibuka bagi syarikat yang berdaftar di bawah PERKESO sehingga 31 Ogos 2020.

“Manakala bagi permohonan baharu, mereka layak menerima subsidi upah sehingga enam bulan,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/9/2020

- Advertisement -