Sokongan penuh kepada TS Muhyiddin Yassin

PAS mempertegaskan sokongan sepenuhnya 18 Ahli Parlimen PAS kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, yang masih sah di sisi Perlembagaan Malaysia.

Advertisement

Pada masa sama, PAS akan terus memperteguhkan setiakawan dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Seterusnya PAS mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung usaha Kerajaan Perikatan Nasional menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara secara bersama.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 5 Safar 1442 / 23 September 2020 – HARAKAHDAILY 23/9/2020