Saranan Solat Hajat untuk kesejahteraan YDPA

SEBAGAIMANA dimaklumi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Sehubungan dengan itu, Jabatan ini menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan Solat Hajat selepas Solat Maghrib pada 23 September 2020 (Rabu) untuk kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Advertisement

Marilah kita semua berdoa agar Allah S.W.T mengurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta baginda sentiasa berada di bawah riayah dan perlindungan Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

HAJI MOHD AJIB ISMAIL, KMW
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
23 September 2020 – HARAKAHDAILY 23/9/2020