PRN Sabah: Parti ‘Paling OK’ dan ‘Tak OK’

- Advertisement -

PARTI yang paling OK: PAS

Dalam PRU14, PAS bertanding 18 DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, PAS tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding. Begitupun, para pemimpin dan penyokong PAS tidak melatah, sebaliknya terus turun membantu parti-parti rakan mereka dari BN dan PN.

Parti yang kedua paling OK: BERSATU

Dalam PRU14, BERSATU tidak bertanding sebarang kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, BERSATU pada mulanya mengumumkan akan meletakkan calon di 45 kerusi. Begitupun, pada akhirnya BERSATU hanya meletakkan calon di 19 kerusi di atas nama PN.

- Advertisement -

Parti yang ketiga paling OK: Umno

Dalam PRU14, Umno menang di 17 kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, Umno pada mulanya mengumumkan akan meletakkan calon di 31 kerusi. Begitupun, pada akhirnya Umno meletakkan calon di 32 kerusi di atas nama BN dengan turut meletakkan Jamawi Jaafar sebagai calon di N.42 Melalap menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PBS, Datuk Seri Radin Malleh. Ini bagaimanapun dikira masih agak OK kerana Umno asalnya memang bertanding di 32 kerusi DUN di Sabah dalam PRU14.

Parti yang paling tak OK: PBS

Dalam PRU14, PBS menang 6 kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, PBS pada asalnya telah diberi ruang untuk bertanding tanpa sebarang gangguan di 7 kerusi, iaitu di N.14 Tamparuli, N.15 Kiulu, N.18 Inanam, N.20 Api-Api, N.27 Limbahau, N.36 Kundasang dan N.42 Melalap. Tidak berpuas hati dengannya, PBS mengumumkan akan meletakkan calon di 15 kerusi. Begitupun, pada akhirnya PBS meletakkan calon di 22 kerusi dengan turut meletakkan:

(1) Dr. Samuil Mopun sebagai calon di N.2 Bengkoka menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-Umno, Harun Bin Durabi.

(2) Julita Mojungki sebagai calon di N.5 Matunggong menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-PBRS, Richard Kastum.

(3) Hendrus Anding sebagai calon di N.7 Tandek menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-PBRS, Yillson Yanggun.

(4) Demis Bin Rumanti sebagai calon di N.11 Kadamaian menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-PBRS, Duanis Mogirong @ Djuanis.

(5) Ir. Edward Yong Oui Fah sebagai calon di N.22 Tanjung Aru menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-Umno, Mohd Reduan Aklee.

(6) Dr. Edwin @ Jack Bosi sebagai calon di N.25 Kapayan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-MCA, Lu Yen Tung.

(7) John Chryso Bin Masabal sebagai calon di N.26 Moyog menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PN-STAR, Joe Suleiman.

(8) Ruslan Muharam sebagai calon di N.34 Lumadan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-Umno, Kamarlin Bin Ombi.

(9) Arthur Sen Siong Choo @ Sin Siong Choi sebagai calon di N.38 Paginatan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-Umno, Jemadi @ Junaidi Bin Sahat, dan dengan calon PN-STAR, Abidin Bin Madingkir.

(10) Silverius Bruno sebagai calon di N.39 Tambunan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PN-STAR, Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.

(11) Peter Jino Allion sebagai calon di N.40 Bingkor menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PN-STAR, Robert Tawik.

(12) Daniel Kinsik sebagai calon di N.41 Liawan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PN-STAR, Annuar Ayub @ Banand.

(13) Suman Yasambun sebagai calon di N.44 Tulid menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-PBRS, Matusin Bowie, dan dengan calon PN-STAR, Flovia Ng.

(14) Jonnybone J Kurum sebagai calon di N.47 Telupid menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-Umno, Abdul Wahab Bin Abdul Ghani.

(15) Kong Nyuk Thou sebagai calon di N.54 Karamunting menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-MCA, Chew Kok Woh.

Parti yang kedua paling tak OK: STAR

Dalam PRU14, STAR menang 2 kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, STAR meletakkan calon di 8 kerusi di atas nama PN, dengan 3 daripadanya adalah melibatkan pertembungan dengan calon BN, iaitu:

(1) Dengan calon BN-Umno, Jemadi @ Junaidi Bin Sahat, di N.38 Paginatan.

(2) Dengan calon BN-PBRS, Matusin Bowie, di N.44 Tulid.

(3) Dengan calon BN-PBRS, Bonepes Been, di N.45 Sook.

Parti yang ketiga paling tak OK: PBRS

Dalam PRU14, PBRS menang 1 kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, PBRS meletakkan calon di 5 kerusi di atas nama BN, dengan 2 daripadanya adalah melibatkan pertembungan dengan calon PN, iaitu:

(1) Dengan calon PN-STAR, Flovia Ng, di N.44 Tulid.

(2) Dengan calon PN-STAR, Ellron Bin Angin, di N.45 Sook.

Parti yang kurang OK: MCA

Dalam PRU14, MCA gagal menang walau sebarang kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, MCA meletakkan calon di 4 kerusi di atas nama BN, dengan 2 daripadanya adalah melibatkan pertembungan dengan calon PBS, iaitu:

(1) Dengan Dr. Edwin @ Jack Bosi di N.25 Kapayan.

(2) Dengan Kong Nyuk Thou di N.54 Karamunting.

Parti yang biasa-biasa: SAPP 

Dalam PRU14, SAPP gagal menang walau sebarang kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, SAPP meletakkan calon di 2 kerusi di atas nama PN.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 23/9/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -