Memperingati Hari Bahasa Isyarat Sedunia

- Advertisement -

BAHASA isyarat adalah bentuk komunikasi yang juga punyai sifat linguistik, bersama struktur tersendiri yang punya kepentingan serta peranan sama seperti bahasa lisan.

Ketiadaan jurubahasa isyarat adalah masalah yang sering dihadapi golongan Orang Kurang Upaya pendengaran, selain berhadapan dengan pelbagai kesukaran untuk berkomunikasi bersama orang di sekeliling.

Setiap tahun pada 23 September, seluruh dunia memperingati Hari Bahasa Isyarat Sedunia bagi menunjukkan tanda sokongan dan dukungan kepada bahasa isyarat, serta anggota masyarakat yang terlibat. Tujuannya juga tidak lain tidak bukan adalah untuk mempromosi penggunaan bahasa isyarat.

- Advertisement -

Namun secara globalnya, tiada bahasa isyarat yang universal buat seluruh penduduk dunia. Sesebuah negara akan mempunyai lebih daripada satu bahasa isyarat.

Justeru di Malaysia, menerusi Akta Orang Kurang Upaya 2008, Bahasa Isyarat Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi orang pekak di Malaysia. Ia merangkumi Bahasa Isyarat yang berbeza mengikut dialek atau loghatnegeri-negeri di Malaysia.

Selamat menyambut Hari Bahasa Isyarat Sedunia.

TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) – HARAKAHDAILY 23/9/2020

- Advertisement -