KSM mahu tahap KKP sektor pembinaan ditingkatkan

- Advertisement -

SEMALAM saya mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Projek SUKE, Pakej CA2 bagi meninjau tempat berlakunya parapet wall jatuh menghempap sebuah kereta di sini. Saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sentiasa komited untuk terus meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini termasuk di dalam sektor pembinaan.

KSM telah mengarahkan sepasukan penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk menjalankan siasatan komprehensif bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Saya ingin tekankan bahawa pembinaan adalah kawasan berisiko tinggi berlakunya kemalangan apatah lagi sekiranya pekerja lalai dan tidak ambil berat ketika melakukan kerja-kerja pembinaan.

- Advertisement -

Dalam pada itu, perkara lain yang saya kira sangat penting kualiti material juga perlu dipastikan juga sama ada bahan yang digunakan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan atau tidak.

Selain itu, pekerja yang memasang wall parapet itu perlu mempunyai kemahiran dalam mengendalikan pemasangan selain pemantauan daripada pegawai keselamatan dalam memastikan wall tersebut dipasang dengan cara yang betul.

Kerja-kerja pembinaan juga dihentikan bagi memberi laluan kepada KKKP dan CIDB untuk melakukan siasatan secara terperinci bagi melihat cadangan tindakan-tindakan yang perlu diambil supaya tidak berlaku lagi pada masa depan.

YB HAJI AWANG HASHIM
Timbalan Menteri Sumber Manusia – HARAKAHDAILY 22/9/2020

- Advertisement -