Belia di Kelantan teroka perniagaan ‘online’

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Golongan belia disaran mempertingkatkan perniagaan melalui kaedah online bagi meningkatkan ekonomi masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, ketika negara dan dunia masih dilanda Covid-19, perniagaan atas talian antara pilihan terbaik.

- Advertisement -

“Belia Kelantan begitu menonjol dalam perniagaan secara online ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini,”katanya selepas majlis Perundingan Belia Negeri Peringkat Negeri Kelantan di sini, semalam.

Persidangan itu merupakan Sidang ll Penggal Ke-3 Sesi 2019-2020 diadakan di Dewan Sri Makmur Hotel H Elite.

Wan Roslan berkata, keadaan itu agak ketara di mana mereka menjual pelbagai juadah berbuka puasa di atas talian sepanjang bulan Ramadan lalu.

Di samping itu, beliau juga mengajak golongan belia menumpukan industri hiliran bagi meningkatkan lagi peluang kerjaya. – HARAKAHDAILY 22/9/2020

- Advertisement -