Bantu anggota Muslimat diuji tragedi ribut

- Advertisement -

CAMERON HIGHLANDS: Skuad Prihatin Muslimat PAS Malaysia telah menziarahi keluarga Pengerusi Tetap Muslimat PAS Kawasan Cameron Highlands, Hamidah Mat Salleh, 71 di Sungai Koyan, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Beliau yang tinggal bersama anaknya Aimi Zabudin, 34 seorang Guru KAFA di mana telah diuji Allah S.W.T apabila ditimpa musibah angin ribut melanda kediaman mereka dalam kejadian baru-baru ini.

Kejadian ini menyebabkan beliau ibarat jatuh ditimpa tangga kerana rumah keluarga ini pernah musnah disebabkan musibah sama yang berlaku pada 6 bulan lalu dalam hujan sangat lebat ketika itu diikuti pula banjir selepasnya.

Ekoran daripada itu, Skuad Prihatin dengan kerjasama Muslim Care Malaysia (MCM) segera membuka ruang kepada orang awam untuk menderma kepada keluarga tersebut bagi menampung kos baik pulih rumah yang musnah.

Dengan penuh keprihatinan, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Pengerusi Assabiqat Muslimat Malaysia, Khadijah Mahmud menyusun langkah mengetuai rombongan ziarah ke atas keluarga Hamidah.

Ziarah kasih ini diadakan untuk menyampaikan sumbangan lanjutan dan menyantuni keluarga tersebut di samping meninjau perkembangan terbaru pembinaan kerja baik pulih rumahnya yang kini hampir sempurna siap.

Turut sama hadir ialah Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan dan Ketua Muslimat PAS Negeri Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Noor serts Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia, Dr ‘Uyun Abd Malek. – HARAKAHDAILY 22/9/2020

- Advertisement -