PAS Kluang santuni penduduk sakit

- Advertisement -

KLUANG: Lajnah Kebajikan PAS Kawasam Kluang telah mengadakan ziarah kebajikan ke kediaman seorang penduduk, Nor Hidayah Haron yang diuji kehidupannya di Kampung Melayu, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan pada Disember tahun lalu yang menyebabkan tangannya patah dan dimasukkan besi, manakala pada Ogos baru-baru ini, kaki beliau pula terpaksa dipotong kerana kencing manis.

Ketika ziarah tersebut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kluang, Anuar Kamil telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan sebagai keprihatinan terhadap keadaan ditanggung Nor Hidayah.

“Sebaik mendapat maklumat, kami terus ziarah dan sampaikan bantuan, In sya Allah selepas ini kami akan usahakan bantuan lampin dewasa untuk kegunaan beliau, tujuan sumbangan supaya dapat meringankan beban beliau” jelas Anuar.

Turut hadir dalam ziarah ini adalah Ketua Muslimat PAS Kluang, Latifah Omar dan Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kluang, Azihuddin Ariffin. – HARAKAHDAILY 21/9/2020

- Advertisement -